
Buku Manual Apple – 1 Kini Dilelong, Dijangka Capai Nilai Sehingga $10 Ribu
Ini satu berita yang menarik. Buku lengkap operasi manual Apple-1 yang diterbitkan pada 1976 kini berusia 40 tahun, sedang dilelong di laman lelong RR AUCTION. Setakat ini, seramai 7 orang telah membida buku ini yang mana nilai tertinggi adalah $9,422.00 dan dijangka mencapai sehingga $10 ribu.

Buku ini dihadirkan dengan 12 muka surat bercetak yang mana di muka hadapan buku ini tampil dengan logo pertama Apple rekaan Ron Wayne, pengasas ke-3 Apple.
Di dalam buku manual ini terkandung cara membangun dan menjalankan sistem, penggunaan sistem monitor dan mengembangkan sistem Apple. Lebih menarik terdapat cetakan gambar rajah skematik bagi papan litar komputer pertama Apple.

Apple -1 merupakan model komputer pertama keluaran Apple separa pasang siang.

