Rekaan HONOR X10 Diperlihat Menerusi Poster Pelancaran!!!

HONOR bakal merasmikan satu lagi peranti terbaharunya yang dikenali sebagai HONOR X10 pada 20 Mei ini. Namun, apa yang menariknya, pada poster pelancaran, ia telah menampilkan rekaan penuh peranti ini!!

Jika dilihat daripada poster tersebut memperlihatkan rekaan peranti ini tampil dengan rekaan pop-up camera yang sekaligus memberikan paparan penuh kepada peranti ini.

Namun, kita masih tidak mengetahui spesifikasi rasminya, tetapi desas desus menyatakan bakhawa ia mungkin hadir dengan pemporses Kirin 820 5G dengan padanan 6GB RAM dan storan sebesar sehingga 128GB.

Apa pun, sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini.

 

 

You might also like