Apple Watch Series 3 Diperkenalkan – Menawarkan Sokongan LTE

Sejumlah 97% pengguna berpuas hati dengan prestasi Apple Watch. Ia juga telah menjadi jam nombor 1 dunia menewaskan jenama Rolex. Untuk memastikan kepuasan pengguna sentiasa terjamin, Apple hari ini memperkenalkan Apple Watch Series 3 kepada umum.

Kali ini ia hadir dengan beberapa ciri terbaru, salah satunya ialah sokongan eSIM (SIM pendua) yang membolehkan peranti ini menerima panggilan telefon. Malah, ia juga menyokong sambungan rangkaian 4G LTE dengan antena yang terletak di paparan depan. Bahkan, dengan hadirnya jam ini pengguna kini boleh meninggalkan telefon pintar di rumah tanpa perlu membawanya.

Apple Watch Series 3 dikuasakan oleh cip berprestasi tinggi W2. Ia difahamkan memberi 85% sambungan lebih baik khususnya untuk Wi-Fi. Penggunaan tenaga yang lebih rendah juga dibantu oleh perkakasan Dual-core generasi terbaru.

Selain itu, ia juga menjanjikan pemprosesan 70% lebih pantas dari model terdahulu. Itu tidak termasuk sistem perisian, oleh itu, Apple telah menyediakan sistem operasi Apple WatchOS 4.0 terus dari kotak. Sementara itu, saiz kerangka badan masih dikekalkan dan tidak menerima banyak perubahan.

Apple mengumumkan Watch Series 3 dengan dua varian berbeza. Untuk sokongan LTE, ia dijual dengan tanda harga USD399 (lebih kurang RM1,678, manakala, bukan LTE pada harga USD329 (kira-kira RM1,384) sebuah.

Apple Watch Series 3 didatangkan dengan warna baharu, Gold dan Black Ceramic selain pilihan tali dengan warna lebih menyerlah. Peranti ini akan mula dipasarkan 22 September depan bersama iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.

https://www.youtube.com/watch?v=jUvD80mNKBM

Baca juga :

  1. Rasmi! Apple Melancarkan iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus

2. Apple iPhone X – Telefon Pintar Termaju Dengan Skrin Hampir penuh

You might also like