

Inilah masa yang ditunggu-tunggu buat peminat iPhone 7 dan iPhone 7 Plus yang tidak berkesempatan memilikinya. Seperti kebiasaan selepas model terbaru iPhone dilancarkan akan berlaku penurunan harga untuk model sebelumnya. Melalui laman portal rasmi Apple Malaysia, harga untuk iPhone 7 dan iPhone 7 Plus telah berubah. Kini, anda boleh mendapatkannya dengan harga bermula RM2,749 untuk semua pilihan warna.


Kesemua harga ini sudah berkuatkuasa bermula hari ini di kedai atas talian Apple Malaysia. Kemungkinan seluruh pengedar sah seluruh Malaysia juga menawarkan harga ini.

