Xiaomi Black Shark 2 Bakal Diperkenal Pada 18 Mac 2019

Bulan kita dapat saksikan ‘drama-drama’ pengeluar telefon pintar berlumba-lumba muncul dengan peranti terbaru keluaran masing-masing. Xiaomi juga dilihat tidak mahu ketinggalan.

Xiaomi dikatakan bakal melancarkan peranti khas permainan seterusnya, Black Shark 2 dalam sebuah acara pelancaran yang bakal berlangsung di China pada 18 Mac ini. Butiran penuh mengenai peranti masih belum didedahkan.

Namun, sebelum ini terdapat ketirisan maklumat mengatakan ia mungkin menggunakan cip Snapdragon 855 dan menawarkan memori sehingga 12GB RAM. Ia juga mungkin hadir dengan ciri baru Liquid Cool 3.0 di samping sokongan pengecasan pantas lebih laju.

Apa agaknya kejutan yang cuba dibawa oleh Xiaomi? Adakah kali ini mungkin lebih gempak? Sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini ~

_________________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like