Xiaomi Mi Sphere Camera Kit & Mi Dashcam Kini Ditawarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM245

Xiaomi Mi Sphere Camera Kit

Selain mengeluarkan telefon pintar mampu milik, Xiaomi turut aktif menawarkan pelbagai produk keluaran mereka sejak setahun yang lepas. Terbaru, dua lagi produk kamera telah dibawa masuk ke pasaran Malaysia iaitu Xiaomi Mi Sphere Camera Kit dan juga Mi Dashcam.

Mi Sphere Camera Kit adalah sebuah kamera kompak yang mampu membuat rakaman video 360 darjah yang dilancarkan di China pada tahun lepas. Terdapat dua sensor kamera Sony IMX206 beresolusi 16 Megapiksel yang hadir dengan sokongan 6-axis EIS. Kehadiran Mi Panoramic pula dikatakan mampu mengambil gambar pada resolusi 23.9 Megapiksel serta kemampuan merakam video 3.5K.

Xiaomi Mi Dashcam

Dibekalkan dengan bateri berkapasiti 1600 mAh, ia mampu merakam video sehingga 90 minit. Kamera kalis air dengan pengiktirafan IP67 telahpun di jual di Lazada pada harga RM1,198.

Sebuah lagi model yang diperkenalkan untuk pasaran tempatan adalah Xiaomi Mi Dashcam. Ia pula adalah sebuah kamera untuk merakam video ketika memandu. Dilengkapi sensor Sony IMX323 yang dipadankan dengan lensa 160 darjah aperture f/1.8, ia juga menyokong bateri berkapasiti 240mAh. Kepada yang berminat untuk memilik Mi Dashcam, ia dijual di Lazada pada harga bermula RM245.

You might also like