
Gambar Hands-On Xiaomi Black Shark 2 Tertiris?!
Peranti Xiaomi Black Shark 2 mula diheboh-hebohkan pada Oktober lalu, tetapi masih tidak ada perkembangan lanjut dari jenama ini.
Terbaru gambar hands-on Black Shark 2 tertiris di laman Twitter XiaomiShka, menerusi gambar kerangka peranti ini menggunakan warna hitam dengan jalur hijau seperti mana rekaan Black Shark dan Black Shark Helo.
Bahagian kamera akan diletakkan pada sisi kiri atas dengan sokongan dwi sensor, namun spesifikasi lebih teliti masih tidak diketahui. Menurut ura-ura, versi baharu ini dilengkapi dengan cip pemproses terbaru iaitu Snapdragon 855, 12GB RAM dan beroperasi Android Pie.
[ Redmi Note 7 & Xiaomi Mi 9 Melepasi SIRIM! Bakal Dilancarkan Pada Mac 2019! ]
Disebabkan ia merupakan sebuah peranti yang memfokuskan pada permainan mudah alih, adalah mustahil teknologi pengecasan pantas 27W seperti yang dijana pada Xiaomi Mi 9 bakal digunakan padanya. Apa-apa pun kita nantikan ketibaannya kelak.
[ SUMBER ]
_____________________________
Artikel Berkaitan:
- Xiaomi Mi 9 Transparent Edition Bakal Hadir Dengan Ketersedian RAM Sehingga 12GB
- Xiaomi Mi 9 SE Kini Turut Rasmi Disertakan Skrin Kecil Dengan Spesifikasi Premium
- Kamera Xiaomi Mi 9 Lebih Power – Kata Lei Jun (Tak Percaya, Tengok Hasil Gambar ya~)
- Redmi Note 7 Rasmi – Kamera Utama 48MP, Snapdragon 660, Skrin Takuk Kecil
- Mantap! Padu! Ini Dia Hasil Gambar Dari Lensa 48MP – Redmi Note 7
- [Zon Perbandingan] : HONOR View20 / HUAWEI Nova 4 / Redmi Note 7 – Kalian Pilih Yang Mana?

