
CES 2019: ASUS Memperlihatkan ROG Mothership – Komputer Riba Dengan Reka Bentuk Inovatif
Menjelang acara CES 2019, ASUS sekali lagi tampil dengan teknologi dan inovasi terkini menerusi beberapa produk terbaru keluaran mereka. Salah satunya adalah komputer riba dengan reka bentuk yang inovatif iaitu ASUS ROG Mothership.

Ia dilihat tampil menarik apabila membawakan rekaan unik dengan ketersediaan fungsi kaki untuk didirikan bersama papan kekunci yang boleh ditanggalkan. Lebih menarik, kaki tersebut akan terbuka secara automatik apabila komputer ini menyentuh permukaan.
ASUS ROG Mothership membawakan paparan skrin bersaiz 17.3 inci yang mempunyai kadar segar pada 144HZ bersama teknologi G-Sync bagi menyajikan pengalaman permainan yang lebih lancar.

Ia turut dilengkapi dengan spesifikasi menarik lain seperti dikuasakan oleh cip Intel Core i9-8950HK, memori sehingga 64GB DDR4, sokongan GPU RTX 2080 dan storan berasaskan RAID 0 dengan tiga NVMe SSD.
ROG Mothership dikatakan bakal tersedia pada suku pertama tahun 2019 dan maklumat mengenai harga akan diumumkan pada pelancaran rasmi kelak. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!
__________________________________________________
Artikel Berkaitan :
- CES 2019 : Samsung Perkenal Barisan Monitor Baharu – Space Monitor, Samsung CRG9 & Samsung UR59C
- CES 2019 : Samsung Perkenalkan Televisyen Mikro-LED Berukuran 75 Inci
- CES 2019: ASUS Umum TUF Gaming FX505DY and FX705DY

