Standard Baru Bluetooth Kini Sudah Rasmi!

1Protokol Bluetooth 5 diumumkan pada 16 Jun yang lalu, dan setelah beberapa bulan berlalu, kini ia secara sah sudah ada di pasaran sebagai teknologi yang sedia untuk digunakan.

Penambahan terbesar kepada standard sedia ada adalah liputan jarak, kelajuan, kapasiti dan keserasian operasi. Bluetooth 5 diramal akan memainkan peranan penting di dalam ekosistem teknologi kini dan masa hadapan. Contoh terbaik adalah di dalam ekosistem rumah pintar yang memerlukan liputan sambungan yang luas, kemampuan pindahan data yang tinggi dan juga mampu beroperasi di antara beberapa peranti dengan sistem operasi berbeza.

Di dalam masa 2 sehingga 6 bulan, kita akan dapat melihat fasa pertama produk elektronik dengan kemampuan Bluetooth 5. Jika anda mahu melihat dengan lebih awal produk-produk dengan kemampuan Bluetooth 5, pastikan anda tidak terlepas mengikuti perkembangan acara CES 2017 yang akan berlangsung awal Januari nanti.

 

You might also like