Twitter Berazam Mewujudkan Ruang Media Sosial Yang Lebih Selamat

Twitter memperkenalkan tiga protokol baru yang akan mereka praktikkan bagi membendung dan mengawal kandungan laman sosial tersebut yang dikelaskan sebagai “abusive”.

Protokol pertama adalah untuk pemilik akaun yang telah digantung daripada mewujudkan akaun Twitter yang baru. Ketika ini membuka akaun baru Twitter adalah amat mudah, cuma perlu membuka satu akaun emel yang baru dan seterusnya mendaftar akaun Twitter. Syarikat tersebut tidak mendedahkan bagaimana protokol ini akan berfungsi.

Protokol kedua adalah untuk menyediakan ruang carian yang lebih selamat. Tweet yang mengandungi kandungan sensitif dan berbaur provokasi akan ditapis dari hasil carian. Protokol terakhir pula adalah untuk memadamkan reply yang juga dikategorikan sebagai abusive. Ramai yang berpendapat ini agak sukar dilakukan memandangkan komputer masih belum mempunyai kebolehan optimum untuk mengenal pasti konteks kandungan di dalam komunikasi di antara pengguna.

You might also like