Sony Xperia XZ Premium Merah ‘Rosso’ Berharga RM3,399

Sebelum ini kami ada membawakan berita mengenai peranti Sony Xperia XZ Premium berwarna merah Rosso akan dijual di Malaysia. Hari ini jelas sekali Sony Malaysia secara rasminya membawa masuk peranti tersebut sekaligus Malaysia menjadi negara kedua selepas Jepun.

Dinamakan Rosso Red, warna merah menyala ini sekali pandang memang nampak menonjol. Kami pasti ramai dikalangan anda sudah merasa bosan dengan warna hitam dan putih. Masih mengekalkan spesifikasi dalaman dan tiada perubahan selain kemasan warna, Xperia XZ Premium dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 835 dan kamera Exmor RS 19 Megapiksel Motion Eye. Telefon pintar ini juga antara yang pertama di dunia menyokong video gerak perlahan sehingga 960fps.

Mengunakan kerangka badan kali air dan debu IP67, peranti ini sediakan ciri-ciri yang menarik seperti Bluetooth 5.0, USB Type-C, Quick Charge 3.0, dan paparan 4K HDR 5.5 inci.

Dikuasakan dengan bateri sebesar 3,230mAh, Sony Xperia XZ Premium merah Rosso dijual dengan tanda harga RM3,399 seunit. Jika anda minat, boleh kunjungi Sony Store atau Sony Centre seluruh Malaysia bermula hari ini. Lebih mudah, beli sahaja di kedai atas talian Sony Online Store.

You might also like