
Sekiranya anda memiliki peranti iOS dan masih lagi belum Jailbreak, pastinya anda ada menggunakan aplikasi ‘sideload’ atau aplikasi yang dimuat turun dan dipasang di luar aplikasi App Store bukan?! Mungkin ada di antara anda yang tertanya-tanya mengapa terdapat segelintir pengguna menggunakan aplikasi ‘sideload’, dan jawapannya adalah mudah kerana kaedah sebegini membolehkan aplikasi berbayar dimuat turun secara percuma serta menyokong akses penuh.
Jadi bagi mengelakkan aplikasi ‘sideload’ itu daripada dibatalkan oleh Apple dari masa ke semasa, kami akan berkongsi cara mudah untuk mengatasi masalah tersebut.
Langkah 1 > Akses aplikasi Safari dan taip URL “antirevoke.us”.
Langkah 2 > Sekiranya terdapat tetingkap mesej iklan seperti berikut, klik butang ‘Close’ dan tekan butang back untuk kembali ke halaman utama.
Langkah 3 > Apabila halaman utama dipaparkan, klik butang ‘Install Anti Revoke’ secepat mungkin untuk mengelakkan tetingkap iklan dipaparkan sekali lagi.
Langkah 4 > Sebaik sahaja butang itu ditekan, satu tetingkap menyatakan bahawa menu Settings akan diakses untuk memaparkan profil konfigurasi. Klik sahaja butang ‘Allow’.
Langkah 5 > Kini paparan ‘Install Profile’ akan terpapar dan anda hanya perlu klik butang ‘Install’.
Langkah 6 > Seterusnya klik butang ‘Next’.
Langkah 7 > Diikuti dengan butang ‘Install’ sebanyak dua kali untuk meneruskan proses pemasangan profil.
Langkah 8 > Apabila proses pemasangan selesai, klik butang ‘Done’ dan kembali semula ke homescreen.
Langkah 9 > Akses Settings dan cari menu VPN.
Langkah 10 > Pastikan ‘Anti Revoke Block Revokes’ dipilih dan kembali ke paparan homescreen seperti biasa. Kini aplikasi ‘sideload’ anda tidak lagi akan dibatalkan oleh Apple dan anda boleh menggunakan aplikasi tersebut tanpa masalah.






