
Selfie Superstar Huawei Nova 2i telah dilancarkan pada bulan September yang lalu di Malaysia. Penampilan peranti ini telah menarik minat ramai pengguna yang sukakan swafoto. Pada masa itu, Huawei Malaysia hanya menawarkan pilihan warna Graphite Black dan Prestige Gold.

Kini ia ditawarkan kepada pengguna di Malaysia dengan kemasan warna biru yang dipanggil Aurora Blue. Telefon pintar dengan skrin FullView Display bersaiz 5.93 inci ini akan mula dijual di pasaran tempatan bermula 11 November ini pada harga RM1,299 seunit iaitu harga yang kekal seperti mana ia mula dipasarkan.
Tiada perubahan pada tanda harga serta perkakasan dalaman, malahan empat kamera yang tersedia juga masih lengkap didatangkan bersama. Rekaan bodi pada peranti ini direka dengan rekaan ergonomik dapat memberikan kepuasan kepada pengguna dalam penggunaan seharian. Huawei Nova 2i berkuasa untuk melakukan pelbagai tugasan melalui cip pemproses Kirin 659, sistem operasi EMUI 5.1, dan Android 7.0 Nougat.

Huawei Nova 2i yang kehabisan stok pada hari pertama penjualannya telah mendorong pihak Huawei memesan sejumlah unit baru.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, Huawei Nova 2i sedia dijual pada 11 November ini di kedai atas talian Vmall, kedai fizikal Huawei Experience Store, Display Zones, rakan telkom, dan pengedar sah seluruh Malaysia.

