Pemilik LG G6 Di China Mula Terima Kemas Kini Android 8.0 Oreo Versi Beta

Jika sebelum ini pemilik LG V30 (https://ering.com.my/2017/12/pemilik-lg-v30-di-korea-selatan-mula-terima-kemas-kini-android-oreo/) di Korea Selatan menerima kemas kini terbaru Android 8.0 Oreo, kini giliran pemilik LG G6 di China pula dikhabarkan telah menerima kemas kini versi Android tersebut dalam versi beta.

Sama seperti kemas kini rasmi Android 8.0 Oreo yang diterima oleh LG V30, versi beta untuk LG G6 turut dilengkapi dengan fungsi menarik seperti Picture-in-Picture, tetapan skrin terbaru, keupayaan untuk menunda notifikasi untuk aplikasi tertentu dan banyak lagi. Namun begitu setakat ini masih belum ada sebarang maklumat mengenai ketersediaan kemas kini Android 8.0 Oreo versi beta untuk LG G6 di negara-negara lain.

Kemas kini beta untuk LG G6 yang diterima melalui kaedah OTA (Over-The-Air) ini tampil dengan versi V19A untuk beberapa varian LG G6 berbeza seperti berikut :

  • LGM-G600L

  • LGM-G600S

  • LGM-G600K

  • LGM-G600LR

  • LGM-G600SR

  • LGM-G600KR

  • LGM-G600LP

  • LGM-G600SP

  • LGM-G600KP

You might also like