
Spesifikasi dan harga ASUS TUF FX505D-TBQ150T kini dilihat tertiris di laman e-dagang Lazada Malaysia. Maklumat tertiris mendedahkan komputer riba ini didatangkan dengan NVIDIA GeForce GTX 1650 dan paparan skrin bersaiz 15.6″ bersama bezel yang nipis.


Selain itu, model ini dilengkapi dengan DDR4 4GB RAM dan VRAM 4GB. Maklumat tertiris juga mendedahkan komputer riba ini dijual pada harga RM 3,099 seunit. Dengan ketirisan harga jualan di Lazada ini, ia memberikan bayangan kemunculan model ini untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Stay tuned! Jeng jeng jeng…

