
vivo hari ini memaklumkan pendaftaran untuk PUBG Mobile Malaysia National Championship 2019 (PMNC 2019) kini dibuka! Kepada peminat e-sukan yang berminat untuk menyertai kejohanan ini dialu-alukan untuk membuat pendaftaran segera.
Menariknya, kejohanan ini menawarkan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah sehingga RM114,000. Pusingan kelayakan untuk kejohanan akan melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Sabah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.
Dua pasukan teratas daripada setiap pusingan kelayakan akan berentap di Grand Finals bersama 4 lagi pasukan pro jemputan sekaligus menjadikan sebanyak 16 pasukan yang berentap untuk merebut hadiah utama! Maklumat lanjut, layari PMNC 2019.
Butiran kejohanan adalah seperti berikut :
Butiran | Tarikh |
Selangor Qualifier | 27 April 2019 @ Sunway Lagoon, Selangor |
Sabah Qualifier : | 25 May 2019 @ Suria Sabah, Sabah |
Kuala Lumpur Qualifier | 1 June 2019 @ Sunway Velocity Mall, KL |
Penang Qualifier | 15 June 2019 @ Hin Bus Depot, Penang |
Johor Qualifier | 22 June 2019 @ Paradigm Mall, JB |
Sarawak Qualifier | 29 June 2019 @ Emart |