
CES 2018 : Huawei WiFi Q2 Rangkaian Rumah Pintar Hybrid Pertama Di Dunia

Router merupakan alat paling penting dalam menyebarkan liputan WiFi. Jika kelajuan internet yang dilanggan berkelajuan tinggi tetapi rangkaian dialami masih terhad, ini bermakna anda memerlukan router yang baru berteknologi tinggi.
Di CES 2018, Huawei tampil dengan router terbaru yang dinamakan Huawei WiFi Q2. Ia hadir dengan teknologi yang membolehkan pengguna menikmati sambungan WiFi dengan pantas walaupun di kawasan titik-buta. Router Q2 ini bukan setakat menawarkan liputan pada titik buta bahkan ia juga mampu memberikan isyarat pada jarak yang lebih jauh di samping frekuensi yang lebih kuat dan stabil.
Teknologi unik yang dibangunkan oleh Huawei menerusi modul G.hn gigabit PLC mampu memberikan liputan menembusi dinding serta halangan di sekitar rumah. Huawei menambah, pemasangan router Q2 ini pula mudah untuk dikonfigurasikan oleh kebanyakan pengguna hanya dengan lima langkah mudah.

Huawei WiFi Q2 didatangkan dengan empat model dengan varian yang teratas mampu beroperasi sehingga 1,867Mbps. Selain itu, sistem keselamatan terbaru lebih selamat digunakan berbanding router kebiasan yang menggunakan ciri WPS 2.

