Kehebatan AppGallery Menerusi HUAWEI Mobile Service (HMS) Buat Provider Dan Pengguna Tergamam!!

Pasti ramai teruja menantikan HUAWEI Mobile Services (HMS) di Malaysia. Ramai yang berteka-teki adakah HMS ini mampu menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna. Jangan risau, dan jangan bimbang kerana di peringkat global sahaja sudah membuktikan ‘hype’ di bawa oleh HMS ini yang mana ia telah menawarkan perkhidmatan ini kepada 570 juta pengguna di 170 buah negara.

Tidak hairanlah HMS kini sedang bergiat aktif dalam mendapatkan jenama tempatan dan service provider untuk menerbitkan aplikasi mereka di AppGallery yang sekaligus mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna.

AppGallery yang merupakan Aplication Store ke-3 terbesar di dunia pastinya mampu menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada aplikasi dan servis tempatan menerusi kelebihan yang dimiliki.

HMS memastikan bahawa AppGallery ini dapat membantu menerusi mempromosikan aplikasi anda menerusi 10 cara. Antara cara yang menarik yang mampu menarik perhatian pengguna adalah Get These Popular Apps, Recommended Apps, Splash Screen, Banner dan Feature Page.

Selain itu, mereka turut menggunakan Gift, Campaign, Album, Recommendation Card dan hi-Folder.

AppGallery ini juga pastinya bukan kaleng-kaleng apabila ia turut disertakan dengan 3 intelligent search service yang sangat memudahkan iaitu most search yang mana anda boleh menggunakan keyword recommendation.

Quick Seach turut dihadirkan bagi memastikan anda dapat mencari aplikasi yang dicadangkan apabila pengguna menaip perkataan yang berkaitan. Turut dihadirkan adalah search result.

Keupayaan ini sekaligus mendorong untuk mendapatkan lebih banyak engagement, localize operation serta membuka lebih banyak pasaran kepada aplikasi tersebut. Capaian aplikasi anda pastinya lebih luas.

Nak tahu apa lebih menarik? Menerusi HMS ini, anda akan menjadi sebahagian daripada HMS ecosystem yang mana ia mampu menyambung kesemua peranti HUAWEI yang pastinya akan memberikan keuntungan kepada provider mahupun pelanggan.

Memang dah tak boleh nak cakap apa dah. AppGallery ini pastinya memberikan kelebihan kepada provider dan pengguna dan mampu menjadikan kerja dan hidup anda lebih mudah.

_______________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like