Fujifilm X-T3 Dilancarkan Secara Rasmi – Harga Bermula RM7388

- Iklan -

Nampaknya ramai pengusaha yang berlumba-lumba memperkenalkan kamera mirrorless untuk pasaran yang berkebolehan membuat rakaman video beresolusi tinggi. Terbaru, Fujifilm Malaysia telah memperkenalkan kamera digital mirrorless terbaru mereka untuk pasaran tempatan yang diberi nama Fujifilm X-T3.

Ia adalah model peningkatan bagi Fujifilm X-T2 yang diperkenalkan pada tahun 2016. Apa yang menariknya kamera digital ini, ia menyokong lensa 26.1 Megapiksel dengan sensor X-Trans CMOS 4 yang dapat merakam video berkualiti 4K 60fps. Manakala pemproses X-Processor 4 pula mampu mengambil gambar dengan warna yang jitu, walaupun di kawasan yang kurang pencahayaan.

Dilengkapi paparan skrin sentuh bersaiz 5-inci OLED, X-T3 diperbuat daripada kerangka yang tahan lasak yang sememangnya sesuai untuk mereka yang gemar mengambil gambar dalam pelbagai jenis cuaca.

Kepada yang sedang mencari sebuah kamera dengan memori yang besar, Fujifilm X-T3 hadir dengan sokongan dua kad memori tambahan microSD sehingga 512GB. Berminat? Boleh membelinya di kedai atas talian seperti Lazada dan 11street pada harga RM7,388 untuk badan sahaja serta RM8,699 jika ingin membeli bersama lensa berukuran 18-55mm.

You might also like