
Sokong Snapdragon 865 & Paparan Skrin 120Hz, OPPO Find X2 Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi!
Berita baik buat korang semua! Peranti perdana OPPO yang dinanti – nantikan akan datang ke Malaysia tidak lama lagi! Mempersembahkan OPPO Find X2! Generasi baru untuk siri OPPO Find X yang didatangkan dengan pelbagai penambahbaikan serta teknologi terkini.
Lebih menarik, ia disahkan dilengkapi dengan paparan 120Hz dan dikuasai cip pemproses 865 dengan sokongan rangkaian 5G secara terbina. OPPO Find X2 adalah peranti kedua yang menerima kelulusan rasmi sijil pematuhan pelaksanaan teknologi 5G dari SIRIM QAS International. OPPO Find X2 bakal muncul di persidangan MWC 2020 pada 22 Februari ini! Bersiap sedia untuk berita yang lebih menarik bersama eRing! So, stay tuned okay!

