
Computex 2019: ASUS ROG Pamer Barisan Peralatan Terbaharu, Beri Kepuasan Gaming Kepada Pemain
ASUS Republic of Gamers (ROG) telah memperkenalkan barisan rekaan inovasi gaming yang menarik. Antara produk yang telah didedahkan adalah ROG Theta dan Theta Electret yang merupakan gaming headsets, ROG Strix XG17 yang merupakan monitor permainan mudah alih, ROG Strix power supplies iaitu ROG Strix LC 120/240/360 RGB semua dalam satu liquid coolers dan Aura Creator (beta).
ROG Theta
Inovasi menerusi ROG Theta ialah ASUS menerapkan empat pemacu audio ASUS Essence di setiap cawan telinga serta menggunakan gabungan ini bagi mengapai kualiti audio 7.1 yang sama. Tampil dengan rekaan yang lebih kompak, ringan dan kualiti audio yang lebih jelas dari sebelum ini.
ROG Theta Electret
ASUS ROG Theta Electret pula ialah fon kepala gaming kelas audiofil, yang menggunakan pemacu audio dinamik seperti ROG Theta. Dalam pada itu, ia menggunakan pemacu audio elektret yang menggabungkan gelombang elektrostatik dan juga pemacu bass dinamik.
ROG Strix XG17
ASUS telah memperkenal ROG Strix XG17 yang disertakan dengan paparan mudah-alih pertama dengan kadar segar semula 240Hz. Tampil pada saiz 17.3 inci serta menggunakan panel IPS yang mempunyai resolusi Full HD dan sela-masa 3ms sahaja.
Apa yang pasti, ia menyokong sambungan micro-HDMI dan USB Type-C yang juga menyokong sambungan melalui DisplayPort. Sungguhpun ia tampil dengan rekaan yang sangat nipis, ia disertakan dengan kapasiti bateri yang mampu bertahan selama dua hingga tiga jam tanpa perlu disambungkan kepada sumber kuasa. Ia juga mempunyai aksesori khas yang membolehkan paparan ini didirikan secara tegak.
ROG Strix 750W Gold and 650W Gold
Siri ROG Strix power supply yang memberikan prestasi tinggi bagi peminat gaming. ia disertakan dengan model 750W dan 650W yang disertakan dengan ROG heatsink yang besar dan 135mm axial-tech fan yang mempamerkan operasi penyejukkan yang terbaik tanpa noice.
Ia turut disertakan dengan fully-modular cables bagi mengurangkan gangguan disertakan bersama dengan sticker dan lencana magnet yang boleh digunakan sebagai penyesesuain estetika.
ROG Strix LC 120/240/360 RGB
ROG Strix LC coolers mempamerkan prestasi tinggi sebagai liquid cooling yang sangat sesuai bagi memaksimakan penggunaan Intel Core atau AMD Ryzen CPU. Justeru ASUS memperkenalkan saiz RGB fans dalam 120, 240 dan 360mm bagi kawalan thermal. rekaan kipas radiator ROG mengoptimumkan aliran angin dan statik tekanan yang memperbaiki acoustics dan ciri. Turut menawarkan full Aura Sync support yang membolehkan pengguna mengintegrasikan dengan lancar.
Aura Creator (beta)
Aura Creator,RGB-effect-editing software yang membolehkan pengguna untuk menghasilkan kesan pencahayaan yang baharu. ia sangat mudah digunakan bagi mereka yang baru mula dan menawarkan beberapa lapisan dan pengawalan yang lebih luas bagi memberikan pengalaman terbaik sebagai creator.
Booth bagi ROG akan melakukan demontrasi gaming rigs dengan penghasilan pertunjukkan cahaya dan dikawal oleh Aura Creator (beta). Yang pertama ialah senario komputer riba pada ROG Strix Scar III dengan paparan RGB yang kompleks yang dipaparankan pada ROG Delta gaming headset, ROG Gladius II Origin optical gaming mouse dan ROG Balteus Qi RGB mouse pad. Tetapan kedua pula ialah sistem PC berdasarkan Gen Ryzen ketiga terbaharu yang menyokongan ROG Strix X570-E Gaming motherboard.
** Terima kasih atas Tajaan ASUS Malaysia ke Computex 2019