[Khabar Angin] ZTE Axon 9 Akan Muncul Dengan Snapdragon 845 Dan Skrin 18:9

ZTE dikatakan akan memperkenalkan Axon 9 pada tahun ini. Terbaru, melalui khabar angin dan gambar yang tertiris di arena web Weibo beberapa ciri dan reka bentuk telah dikongsikan bersama.

Ia didatangkan dengan skrin AMOLED 6-inci dengan resolusi sehinga QHD+ (3,200 x 1800) pada nilai aspek ratio 18:9. Sebelum ini, ZTE juga telah menggunakan teknologi AMOLED pada model Axon 7 terdahulu.

Peranti ini menerima kombinasi dua buah lensa kamera ianya 20 Mengapiksel dan 12 Megapiksel sementara kamera depan menempatkan sensor 13 Megapiksel. Selain itu, cip berkuasa Snapdragon 845 turut ditemani dengan RAM sebesar 6GB dengan storan 128GB atau 256GB. Untuk versi yang lebih rendah, ia dilengkapi memori 4GB dan 64GB storan.

Khabar angin mendapati ZTE Axon 9 akan dijual pada harga $550 (RM2,164) sehingga $630 (RM2,479). Peranti ini turut dibungkus dengan Android 8.0 Oreo dan antaramuka hampir menyamai Andorid tulen.

Sumber

You might also like