Huawei Band 3 Pro – Gelang Pintar Kalis Air Sedalam 50 Meter

990
- Iklan -

Selain memperkenalkan beberapa peranti terbaharu dan jam tangan pintar, Huawei turut sama tidak ketinggalan memperkenalkan gelang tangan pintar keluaran mereka iaitu Huawei Band 3 Pro dalam sidang acara sebentar tadi.

Huawei Band 3 Pro hadir dengan skrin bersaiz 0.95 inci dengan paparan AMOLED bewarna. Selain itu, ia turut menyertakan sokongan GPS untuk memantau nadi dan kecergasan yang lain (berlari, berenang, dan sebagainya) di samping turut menawarkan kadar ketahanan bateri sehingga 7 jam.

Lebih menariknya lagi, Huawei memaklumkan Band 3 Pro turut boleh digunakan sewaktu tidur bagi memantau corak tidur sekaligus memberikan maklumat penambah baikan dalam kehidupan seharian pengguna. Difahamkan, Band 3 Pro turut mempunyai sokongan kalis air yang mana boleh digunakan untuk berenang sehingga kedalaman 50 meter.

Pihak Huawei memaklumkan Band 3 Pro ditawarkan dalan tiga versi warna berbeza iaitu Biru, Hitam dan Putih dan dijual pada harga €99 (kira-kira : RM 476) seunit.