
Kemas Kini Google Translate Membawakan Mod Offline & Tap To Translate
Aplikasi Google Translate untuk sistem operasi iOS telah menerima kemas kini yang membawakan fungsi yang lebih baik. Fungsi pertama yang dibawa sekali bersama kemas kini 5.0 adalah mod offline, anda kini tidak perlu lagi menggunakan sambungan Internet untuk menterjemah bahasa, sebaliknya anda hanya perlu muat turun pek bahasa pada penggunaan pertama dan selepas pek bahasa dimuat masuk ke dalam smartphone, anda boleh menggunakan Google Translate di dalam mod offline.
Google Translate untuk platform ANDROID juga menerima fungsi yang baru, Google memperkenalkan Tap To Translate yang akan memudahkan anda menterjemah bahasa di dalam aplikasi bukan Google Translate. Contohnya anda sedang bersembang di dalam aplikasi WhatsApp bersama orang yang berbahasa asing, anda tidak perlu keluar dari aplikasi WhatsApp untuk menterjemah teks yang diterima, sebaliknya gunakan sahaja butang Tap To Translate yang disediakan.