Asus Bakal Menghasilkan Hololens Versi Sendiri

853
- Iklan -

Projek Hololens dari Microsoft merupakan projek pertama yang mengaplikasikan teknologi augmented reality(AR) pada peranti wearable, membolehkan pengguna melihat dan berinteraksi dengan objek virtual secara imersif. Kini syarikat Asus juga dikhabarkan akan turut serta dalam membangunkan produk Hololens mereka sendiri.

asus-could-be-working-on-its-own-version-of-microsofts-hololensJika projek ini diteruskan, Asus bakal menjadi syarikat luar pertama yang akan membangunkan teknologi Hololens dan dijangkakan bakal menjual peranti tersebut pada harga jauh lebih murah dari Microsoft. Ketika ini Microsoft Hololens hanya dibekalkan kepada individu dan kumpulan tertentu sahaja untuk tujuan pembangunan, masih belum ada tarikh rasmi untuk pasaran pengguna.