
Terdapat banayak kekeliruan bekenaan cas GST terhadap servis pra-bayar semenjak cukai tersebut diperkenalkan, tetapi apa yang pasti pengguna merupakan subjek yang terbeban dengan perkara tersebut. Baru-baru ini Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) telah mengumumkan harga isian semuala pra-bayar akan kembali pada kadar sebelum cas GST, bermakna pengguna tidak lagi perlu menanggung cukai 6%.
Harga jualan tidak akan terkesan oleh GST, namun pada setiap isian tambah nilai, pengguna akan melihat jumlah tolakan dari isian semula sebanyak 6%, tetapi anda tidak perlu risau kerana jumlah tersebut akan dikembalikan kepada anda dalam tempoh 24 jam.

