Alibaba Melabur Dalam Perniagaan Penghantaran Makanan

101648464-Alibaba.1910x1000Alibaba Group Holding Ltd telah bersetuju untuk melaburkan USD1.25 bilion (RM5.38 bilion) dalam perniagaan Ele.me, iaitu syarikat penghantaran makanan atas talian di China. Menurut laporan, Alibaba bakal menerima 27.7% saham di dalam Ele.me, menjadikan mereka pemegang saham terbesar. Ele.me merupakan servis online to offline yang semakin popular di China dengan menghubungkan pengguna dengan restoran yang beroperasi di negara tersebut. Selain itu, mereka juga menawarkan pelbagai servis lain seperti perkhidmatan tempahan teksi dan ulasan restoran.

You might also like