Rasmi!!! OPPO A77, Kamera Swafoto 16MP Dengan Mod Potret

Telefon pintar terbaru dari OPPO baru sahaja dilancarkan dengan kehadiran OPPO A77 di pasaran Taiwan. Pengumuman ini telah dinyatakan di laman sesawang rasmi OPPO Taiwan dengan tawaran pra-tempah bermula pada 19 Mei ini.

Pengenalan peranti ini membawakan spesifikasi yang baik seperti saiz paparan 5.5 inci dengan resolusi 1980 x 1080p HD penuh. Penggunaan pemproses lapan teras 1.5GHz MediaTek MT6750T dan RAM sebanyak 4GB yang dikuasakan oleh bateri sebesar 3200mAh.

Pada sudut kamera pula, ia menggunakan lensa 13 Megapiksel F/2.2 aperture dengan sokongan PDAF serta dwi LED flash. Menariknya, bahagian hadapan dilengkapi dengan kamera 16 Megapiksel F/2.0 aperture dengan mod Beauty 4.0 dan mod Potret untuk menghasilkan efek bokeh. Selain itu, ia juga menyediakan dua slot SIM hibrid termasuk storan tambahan.

Kerangka luar pula menggunakan jenis logam bersama warna pilihan Emas dan Emas Ros. OPPO A77 ini ditawarkan dengan harga USD365 (kira-kira RM1,580) yang boleh didapati di pasaran Taiwan pada 26 Mei depan.

You might also like