
vivo iQOO Boleh Dicas Hingga 50% Dalam 16 Minit & Pengecasan Penuh Di Bawah Satu Jam
Satu lagi pengeluar peranti pintar yang juga merupakan sub jenama vivo iaitu iQOO semakin dikenali ramai. Meskipun belum muncul secara rasmi namun sedikit sebanyak spesifikasi mengenainya telah pun terdedah.

Terbaru, ada lagi berita menarik mengenainya di mana peranti ini dikatakan hadir dengan sokongan pengecasan vivo Super FlashCharge 44W yang mana boleh mengecas peranti sehingga 50% dalam hanya 16 minit sahaja.
Lebih mengujakan lagi, maklumat tertiris turut mendedahkan peranti ini boleh dicas sepenuhnya di bawah kiraan satu jam iaitu 46 minit sahaja! Difahamkan juga, peranti ini bakal hadir dengan kapasiti bateri 4,000 mAh.

Adakah perkara ini benar? Sama-sama kita tunggu kemunculan rasminya pada 1 Mac kelak. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!
[SUMBER] , [SUMBER 1], [SUMBER 2]
___________________________________________________________________
Artikel Berkaitan:

