Xiaomi Mi MIX 2S Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1,999

Xiaomi Malaysia hari ini membawa berita baik kepada para peminatnya di Malaysia apabila mengumumkan Xiaomi Mi MIX 2S akan ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Peranti ini diletakkan di bawah peranti kelas induk menampilkan beberapa ciri yang dipertingkatkan seperti skrin hampir tiada bingkai, tubuh badan premium, cip berkuasa, dan dwi kamera berprestasi tinggi.

Xiaomi Mi MIX 2S hadir dengan paparan 6-inci FHD+ yang dikuasakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 845 dengan dua varian 6GB/64GB dan 6GB/128GB. Ia didatangkan dengan dua pilihan warna hitam/emas dan putih/perak (akan datang) pada harga RM1,999 dan RM2,199 seunit.

Peranti ini menawarkan dwi kamera gabungan Sony IMX 363 dan Samsung S5K3M3 bersama fungsi Dual Pixel untuk tujuan fokus yang lebih laju. Ciri tambahan pada kamera ini ialah fungsi AI dan bateri sebesar 3,400mAh. Sistem pengecasan pantas menyokong Quick Charge 3.0 dan panel belakang peranti menyokong teknologi pengecasan pantas tanpa wayar.

Tingkat taraf yang dimuatkan pada peranti Xiaomi Mi MIX 2S menjadikan peranti ini 30 peratus lebih prestasi dan 30 peratus lebih jimat kuasa. Telefon pintar ini boleh didapati di kedai atas talian Lazada, kedai-kedai konsep Mi Store, atau Mi Zone seluruh Malaysia bermula 1 Jun 2018.

You might also like