
XIAOMI MIUI 8 VS MIUI 7, APAKAH KEMASKINI TERBARU?
Xiaomi telah memperkenalkan paparan antaramuka MIUI terbaharu mereka yang dikenali sebagai MIUI 8. Boleh dikatakan hampir kesemua smartphone yang menyokong MIUI 8 sudah boleh memuat turun kemaskini terbaru ini pada peranti mereka. Untuk pengetahuan anda, MIUI 8 menawarkan penambahbaikan pada rekaan serta membawakan beberapa ciri-ciri baru.
Diinspirasikan daripada kaleidoscope, MIUI 8 kini tampil lebih berwarna warni, penuh animasi dan terdapat juga font baru hasil kerja tangan Xiaomi sendiri, Mi Lanting. Ingin mengetahui apakah perbezaan yang dapat dilihat pada Xiaomi MIUI 8 berbanding MIUI 7 serta fungsi baru yang tidak terdapat pada MIUI 7, kami senaraikan.
SENARAI PERANTI YANG MENERIMA KEMAS KINI ANTARAMUKA MIUI 8




PERANTI YANG HADIR DENGAN ANTARAMUKA MIUI 8

**INFO**
Untuk pengetahuan pengguna, bagi membolehkan smartphone anda menerima
kemas kini MIUI 8, memori RAM yang diperlukan adalah 1.3GB.
APA YANG BERBEZA?!
01# Notifikasi Bar
Ruangan notifikasi pada MIUI 8 juga menampilkan pengalaman penggunaan yang lebih dinamik. Kini tetingkap notifikasi dan juga ikon pintas tetapan telah disatukan dalam satu paparan yang sama dan ikon tetapan tersebut boleh diakses dengan kaedah leretan, berbanding MIUI 7 yang menempatkan semua ikon apabila ianya dileretkan ke bawah. Manakala bahagian paling atas MIUI 8 pula telah memaparkan ramalan cuaca dan juga ruang carian pantas.
02# Screenshot
Berbeza dengan MIUI 7 yang membolehkan anda mengambil screenshot biasa. Kini dengan adanya kemaskini MIUI 8, anda boleh menggambil screenshot yang lebih panjang. Hanya perlu menekan ikon Scroll selepas mengambil screenshot biasa, ia automatik mengambil screenshot yang panjang dan fungsi ini sangat praktikal bagi mereka yang ingin mengambil screenshot pada laman web.
03# Galeri
Galeri pada MIUI 8 telah ditambahkan dengan pelbagai fungsi terbaru seperti penambahan alat suntingan video, penambahan stiker, coretan pada gambar, keupayaan memilih lebih banyak gambar dalam satu masa, kawalan perkongsian gambar pantas dan banyak lagi berbanding MIUI 7. Malah cara susunan gambar dalam kategori berbeza juga berlainan sekali jika dibandingkan dengan antaramuka sebelum ini.
04# Kamera


Paparan antaramuka kamera turut mengalami kemaskini yang menarik, di mana sebelum ini anda perlu meleretkan jari ke kiri untuk mod penggambaran dan kiri pula menempatkan filters. Pada antaramuka kamera utama juga tersedia mod HDR, LED flash serta kamera hadapan. Tetapi berlainan sekali dengan antaramuka kamera pada MIUI 8, anda tidak lagi perlu meleretkan jari sebaliknya pada kamera utama tersedia dengan ikon filters, Modes, kamera depan, LED flash serta HDR.
05# Notes
Aplikasi Notes yang disediakan pada smartphone Xiaomi turut menerima kemaskini agar kelihatan lebih kemas dan menarik. Jika pada MIUI 7 menyediakan Notes dalam bentuk bar, berlainan pula pada MIUI 8 yang menawarkan paparan dalam bentuk grid. Bukan itu sahaja, pada MIUI 8 juga anda boleh menambah latar belakang nota yang ingin disimpan serta menyokong akses selamat menggunakan kata laluan atau pengimbas cap jari.
06# Kalkulator
Selain menyokong fungsi asal sebagai sebuah kalkulator, anda juga boleh menggunakannya untuk pelbagai lagi fungsi lain seperti menguruskan kiraan pinjaman perumahan, jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar, pengiraan saintifik, penukaran mata wang asing, dan juga penukaran pelbagai unit berbanding MIUI 7 yang kelihatan lebih simple. Malah sokongan pelbagai fungsi tambahan ini sememangnya sangat praktikal kerana anda tidak lagi perlu bersusah payah memuat turun aplikasi lain.
07# Mod Penjimatan Tenaga


Salah satu perkara yang sering menjadi kriteria penting kepada pengguna adalah sokongan mod penjimatan bateri bagi mendapatkan ketahanan bateri yang lebih lama. Dengan MIUI 8, kesemua aktiviti aplikasi secara background akan dihentikan seperti proses sync, kemaskini dan juga pengoperasian aplikasi tanpa anda sedari jika dibandingkan dengan MIUI 7. Malah pengaktifan aplikasi yang tidak diperlukan juga dapat dielakkan bagi mengurangkan masalah pembaziran bateri.
08# Pengimbas Kod QR


Sokongan aplikasi pengimbas pada MIUI 8 sememangnya sangat praktikal kerana ia menyokong pelbagai fungsi menarik seperti penyelesaian soalan Matematik yang akan dipaparkan dengan lebih terperinci sebaik sahaja ianya diimbas. Salah satu fungsi tambahan pada MIUI 8 adalah imbasan kad bisnes yang tiada pada MIUI 7. Selain itu, anda juga boleh menggunakannya untuk mengambil gambar objek tertentu bagi memudahkan pembelian objek tersebut secara atas talian.
:::: FUNGSI BARU PADA MIUI 8 ::::
01# Dual Apps
Xiaomi MIUI 8 hadir dengan kebolehan untuk membuat aplikasi yang diklonkan serta menguruskan pelbagai akaun pada satu peranti yang tiada pada MIUI 7. Ini bermakna, dua aplikasi yang sama boleh dijalankan serentak pada satu peranti tetapi menggunakan akaun berbeza seperti Facebook, WhatsApps, WeChat dan pelbagai lagi. Bagi membezakan aplikasi yang telah diklon tersebut, terdapat ikon ‘kunci’ pada akaun kedua.
INFO: Settings → Dual apps → ON
02# Quick Ball
Butang pintas yang dikenali sebagai Quick Ball ini memudahkan anda untuk membuka menu mahupun tetapan dengan lebih cepat dan pantas. Terdapat lima menu utama yang disediakan iaitu Home, Menu, Lock, Screenshot serta Back. Apa yang menariknya lagi, anda boleh menukar sama ada satu, dua atau kelima-lima menu utama dengan pilihan butang pintas yang tersedia.
INFO: Settings → Additional settings → Quick ball
03# Second Space
Sokongan Second Space pada MIUI 8 membolehkan anda untuk mendapatkan dua ruang berbeza di dalam satu peranti. Di mana anda boleh menggunakan ruang pertama untuk tujuan peribadi dan ruang kedua untuk tujuan kerja. Pengasingan dua ruang berbeza ini secara tidak langsung dapat memastikan pengurusan peranti yang lebih baik untuk penggunaan berbeza.
INFO: Settings → Second space → Turn on Second space
04# Pengesan Mesej Penipuan
Tidak dinafikan, ramai di antara pengguna yang sering menerima mesej yang berunsurkan penipuan dan ini boleh melibatkan kerugian. Menyedari isu yang dihadapi ini, MIUI 8 telah disediakan dengan fungsi untuk mengesan mesej yang berunsurkan penipuan secara automatik. Dengan sokongan sistem yang telah diperbaiki, satu tetingkap amaran akan dipaparkan sebaik sahaja teks mesej berunsurkan penipuan diterima oleh pengguna.
INFO: Mesej → Blocklist → Blocked numbers




