Redmi K20 Bakal Diperkenal Kepada Umum Pada Minggu Depan – 28 Mei 2019!

Sebelum ini kami pernah berkongsi artikel mengenai penyebaran beberapa keping foto yang memperlihatkan kotak bungkusan dan sarung pelindung untuk Redmi K20. Sekian lama berteka-teki, pihak Redmi akhirnya mendedahkan tarikh rasmi pelancaran untuk model tersebut.

[BACA : Sarung Pelindung & Kotak Pembungkus Redmi K20 Muncul Di Media Sosial – Cantik Menarik Tertarik! ]

Memetik poster acah tersebar, Redmi K20 bakal diperkenalkan secara rasmi kepada umum pada 28 Mei 2019 dalam sebuah acara pelancaran yang dijadualkan berlangsung di China. Pun begitu, maklumat mengenai spesifikasi penuh masih belum dikongsi.

Namun, terdapat ketirisan maklumat mengatakan ia dijangka hadir dengan rekaan pop-up, pemproses Snapdragon 855 dan ketersediaan 48MP (Sony IMX 586) untuk kamera utama. Selain itu, ia juga dijangka menyokong rakaman gerak perlahan 960 fps. Teruja? Sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak. Apa agaknya kejutan untuk kali ini?

You might also like