HUAWEI Diberi Lesen Sementara Untuk Terus Sediakan Kemas Kini Android – Hingga 19 Ogos 2019

Semalam kita dikejutkan dengan berita mengenai Google telah menggantung sokongan Android secara serta merta terhadap HUAWEI. Sekaligus, perkara ini telah menimbulkan kerisauan kepada pengguna sedia ada. Pun begitu, Google telahpun mengesahkan perkhidmatan Android pada peranti sedia ada akan terus disokong.

Laporan terbaru memetik Reuters, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat telah memberikan lesen sementara kepada HUAWEI – dimana tempoh lanjutan selama 90 hari yang membenarkan HUAWEI meneruskan beberapa kegiatan termasuk menyediakan kemas kini perisian untuk peranti dan mengekalkan peralatan rangkaiannya yang sedia ada. Sumber berkata lagi, lesen sementara ini berkuatkuasa mulai sekarang dan tamat pada 19 Ogos 2019.

[SUMBER] [SUMBER 1

You might also like