
Ubuntu 16.10 Yakkety Yak
Ubuntu adalah sistem operasi asas yang banyak digunakan pengguna komputer yang mempunyai kemahiran yang tinggi. Seperti sistem operasi lain, Ubuntu juga mengeluarkan versi baharu pada selang masa tertentu bagi menawarkan fungsi dan tugasan yang lebih baik.
Baru-baru ini developer Ubuntu telah melancarkan sistem operasi Ubuntu 16.04 Xenial Xerus yang menawarkan lebih privasi dan keselamatan kepada sistem komputer anda. Kini mereka juga mengumumkan kod nama untuk versi seterusnya yang dijangkakan bakal hadir sekitar bulan Oktober. Pengasas Ubuntu Mark Shuttleworth mengumumkan bahawa versi 16.10 akan dikenali sebgai Yakkety Yak dan fungsi terbaru yang akan disertakan bersama versi tersebut masih lagi misteri.


