
Samsung Rancang Hasilkan Cip 10nm Generasi Kedua Tahun Ini
Eksekutif Semikonduktor Samsung baru-baru ini telah mengadakan perjumpaan dengan jemputan istimewa bersama pelanggan baru berpontensi di Lembah Silikon bagi menyakinkan lebih banyak pembuat cip untuk menggunakan cip yang dihasilkan oleh Samsung.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Samsung dipercayai akan menghasilkan teknologi pembuatan cip 10nm generasi kedua pada penghujung tahun ini yang menjanjikan 10% lebih prestasi berbanding generasi sebelumnya.
Di dalam acara perjumpaan tersebut juga, Samsung telah mengumumkan perancangan untuk penghasilan cip 14nm dengan kos yang telah dioptimumkan bagi mengurangkan kos pembuatan cip tersebut. Sebagai rujukan, cip 14nm keluaran Samsung sebelum ini telahpun digunakan pada pemproses Qualcomm Snapdragon 820 keluaran Qualcomm dan juga A9 keluaran Apple.

