Sony Xperia Z3 Menjadi Peranti Bukan Nexus Pertama Terima Android N

855
- Iklan -

pic 2Sebagaimana yang telah diketahui, Android N merupakan versi terbaru Android yang kini telahpun memasuki peringkat Android Developer Preview dan ini sedikit sebanyak membawa maksud ianya agak stabil untuk digunakan.

Buat masa ini Android N Developer Preview sudahpun dimuat turun dan digunakan pada sesetengah peranti Nexus. Walau bagaimanapun, apa yang istimewanya pada kali ini adalah Android Developer Preview sudah boleh dicuba pada peranti bukan Nexus iaitu Sony Xperia Z3. Jelas dapat dilihat Sony dan Google telah bekerjasama untuk penerimaan versi terbaru ini khusus untuk varian D6603 dan juga D6653.

Proses pemasangan Android N Developer Preview untuk dua varian Sony Xperia Z3 ini juga agak mudah kerana pengguna hanya perlu menggunakan bantuan perisian Xperia Companion versi 1.1.24 dan ke atas. Apa yang penting, pengguna perlulah terlebih dahulu menjalankan proses salinan data (backup) sebelum proses pemasangan Android N Developer Preview dipasang.

pic 3

Cara pemasangan Android N Developer Preview:

  1. Sambungkan Sony Xperia Z3 yang bersesuaian ke PC menggunakan sambungan kabel USB.
  2. Perisian Xperia Companion akan dioperasikan.
  3. Tekan butang ALT pada komputer dan klik menu Software Repair pada paparan homescreen perisian tersebut. Tunggu arahan selanjutnya.
  4. Anda akan diminta untuk mencabut kabel USB dari peranti dan matikannya. Kemudian sambungkan semula kabel USB pada peranti dan dalam masa yang sama pastikan anda menekan butang Volume Down untuk memulakan proses pemasangan.