Samsung Galaxy M51 Kini Rasmi!! – Hadir Dengan 7000mAh & Dijual Pada Harga RM1599!!

Samsung baru sahaja melancarkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai Samsung Galaxy M51 bagi pasaran tempatan dan dijual pada harga RM1599!!!

yang menjadi sorotan bagi peranti ini adalah kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 7000mAh dan dipadankan dengan pengecasan pantas 25Wyang mampu bertahan lama.

Peranti ini turut dilihat hadir dengan spesifikasi yang baik yang mana ia tampil dengan skrin 6.7″ FHD+ Super AMOLED.

Dari aspek dalaman pula, ia hadir dengan Snapdragon 730G dan dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB Storan.

Dari aspek kamera pula, ia hadir dengan kamera utama 64MP + 12MP + 5MP + 5MP dan kamera hadapan pula adalah 32MP.

You might also like