Had Kelajuan Unifi Basic Ditambah Kepada 512kbps Selepas Data Habis Digunakan

Jika dahulu, pengguna Unifi Basic akan mengalami pengurangan had kelajuan internet kepada 128kbps selepas kehabisan data. Namun segalanya berubah apabila pihak TM telah meningkatkan had kelajuan kepada 512kbps selepas kuota 60GB habis digunakan.

Dalam pada itu, TM turut menawarkan data tambahan yang mana ia boleh dibeli oleh pengguna Unifi Basic. Hal ini akan membenarkan mereka menggunakan internet dengan kelajuan seperti biasa walaupun data sudahpun habis.

Bayaran untuk menambah data tambahan juga sangat berpatutan yang mana 1GB data tambahan boleh dibeli dengan harga RM10, manakala 5GB dengan harga RM20. Bagi data tambahan sebanyak 20GB, pengguna perlu membayar RM40.

Selain itu, pihak TM turut menawarkan pakej hujung minggu yang mana pengguna perlu membayar hanya RM50.

Baca juga: 

You might also like