
1 Produk, 1 Tempat, 1 Hari, 1000 Unit Terjual! Ini dia kejayaan besar yang dicapai sempena roadshow hari pertama untuk Huawei nova 3i di IOI City Mall Putrajaya, pagi ini.
Roadshow hari ini bermula seawal jam 8 pagi dan lebih daripada 1000 pelanggan berbaris panjang untuk menjadi orang pertama memiliki peranti empat kamera AI ini. Duta nova Hannah Delisha dan selebriti tempatan seperti Ameera Khan, Hafeez Mikail dan Hafidz Roshdi juga bersama hadir di roadshow ini.

Roadshow juga disokong oleh rakan kongsi bersama seperti Celebrity Fitness, Sunway Lagoon, Viu, KL Fashion Week, Grab, Unit Nerd, Starbucks, Lazada dan AirAsia.
HUAWEI nova 3i dijual pada harga mesra RM1,249, hadir bersama skrin 6.3 inci FHD+ FullView Display2.0 pada nisbah 19:5:9, dwi kamera utama 16MP + 2MP dan dwi kamera swafoto 24MP + 2MP, di bawah sokongan pemproses Kirin 710.
Baca Juga:
- Pandang Pertama: Huawei nova 3 & 3i, Peranti Setaraf Dengan P20?!
- Reviu Eksklusif: Huawei nova 3i, 5 Perkara Yang Kami Minat

