Menangi Hadiah Menarik Sempena Liga Juara-Juara Eropah!

Pic 1
Lawrence Lim (Business Manager, Sony Mobile Malaysia) & Michelle Lee (TV Host) bergambar bersamaTrofi Replika Liga Juara-Juara UEFA.

Sony Mobile Communication telah menjemput para media untuk sama-sama memeriahkan acara pelancaran Trofi Replika Liga Juara-Juara UEFA di Asia, bertempat di One Utama Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah pertama sejak Sony Mobile diumumkan menjadi Rakan Rasmi Liga Juara-Juara UEFA untuk musim 2015 hingga 2018. Sony Mobile sebagai salah satu penaja UEFA Champions League 2016 (UCL 2016) telah menganjurkan cabaran meneka gol untuk semua perlawanan UCL 2016, menerusi Xperia Lounge.

Aplikasi Xperia Lounge boleh dimuat turun di Android dan ia memberikan pelbagai tawaran dan berita terkini, terutama untuk produk Sony Xperia. Terdapat 7 pusingan perlawanan UCL 2016, dari pusingan kalah mati sehingga pusingan akhir pada 28 Mei 2016 di Milan, Itali. Pengguna perlu meneka gol bagi setiap perlawanan dan markah tertinggi pada pusingan tersebut akan memenangi hadiah-hadiah menarik daripada Sony.

Untuk maklumat lanjut mengenai cabaran ini, layari Xperia Lounge

You might also like