CelcomDigi Perluas Jejak Runcit & Tingkatkan Pengalaman Pelanggan dengan CelcomDigi Express Store

CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) telah melancarkan pembukaan CelcomDigi Express Store milik rakan niaga di seluruh negara, menandakan fasa baharu dalam transformasi runcit syarikat itu. Inisiatif ini bertujuan menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih moden, imersif dan efisien, sambil membina rangkaian pengedaran produk digital berjenama antara yang terbesar di Malaysia.

Selepas kejayaan menyatukan kedai Celcom Bluecube dan Digi Store di bawah jenama tunggal, lebih 50 kedai konsep digital telah dibuka. Kini, CelcomDigi menumpukan kepada transformasi kedai rakan eksklusif, dengan nilai “pelanggan diutamakan” dan komitmen untuk memberi khidmat cemerlang kepada lebih 20 juta pelanggan di seluruh negara.

CelcomDigi Express Store direka untuk memenuhi keperluan pelanggan era digital yang mahukan kepantasan, kemudahan dan bimbingan pakar. Kedai ini menjadi destinasi utama bagi pengguna mendapatkan telefon pintar, gajet, serta penyelesaian mudah alih dan fiber, dengan pasukan khidmat pelanggan yang dilatih setanding dengan kakitangan kedai utama CelcomDigi.

Ketua Pegawai Jualan & Runcit CelcomDigi, Cheng Weng Hong berkata, “Setelah berjaya memperbaharui kedai runcit berjenama CelcomDigi sendiri, kerjasama dengan rakan niaga melalui CelcomDigi Express Store adalah langkah semula jadi. Matlamat kami adalah supaya pelanggan, di mana sahaja, menikmati pengalaman yang konsisten dan penyelesaian sambungan bertaraf tinggi.”

Apabila pelaksanaan ini selesai, CelcomDigi bakal mempunyai lebih daripada 300 buah kedai berjenama di seluruh negara – bukti komitmen syarikat terhadap khidmat pelanggan secara fizikal walaupun keterlibatan digital terus meningkat.

CelcomDigi turut dianugerahkan sebagai Telecommunications Retailer of the Year – Malaysia di Retail Asia Awards 2025 atas usaha berterusan dalam mentransformasikan pengalaman pelanggan di kedai fizikal.

You might also like