Kontroversi! Apple Menyembunyikan Satu Fakta Penting Berkenaan iPhone 7 & 7 Plus?!

1Apple iPhone 7 dan 7 Plus seperti yang diketahui umum hadir dalam tiga variasi storan dalaman, dan mungkin anda rasa perbezaan variasi tersebut hanya terhad kepada storan, uh uh tidak sama sekali, kerana Apple ada menyembunyikan informasi berkenaan spesifikasi penting berkenaan prestasi variasi-variasi tersebut.

YouTuber terkenal, Lew dari saluran Unbox Therapy telah melakukan ujian kepantasan proses read and write pada model iPhone 7 32GB dan 256GB. Tiada masalah ditunjukkan pada kedua-dua model ketika ujian read dilakukan, namun keraguan berkenaan produk Apple ini mula timbul apabila skor ujian write dipaparkan.

Ujian read menunjukkan kedua-dua variasi ini mempunyai kelajuan proses yang hampir sama, pada kadar 600–800MB/saat, manakala perbezaan yang besar ditunjukkan dalam ujian write, di mana iPhone 256GB mencatat kelajuan 341MB/saat dan iPhone 7 32GB pada kadar 42MB/saat. Wow, itu adalah satu perbezaan yang sangat besar, variasi 256GB adalah 8 kali lebih laju daripada model 32GB.

3 4Perbezaan prestasi ini jelas akan memberi impak apabila anda menyalin fail ke dalam iPhone anda, terutamanya ketika anda sedang bekerja dengan fail-fail yang besar. Beberapa pengguna merasakan adalah lebih baik jika Apple berterus terang berkenaan spesifikasi prestasi ini kepada pengguna, dan kami juga merasakan ia langkah yang paling baik, namun sudah terlambat.

Apa kata anda, adakah adil bagi Apple menyembunyikan perkara ini? Atau anda tidak kisah dengan spesifikasi storan dalaman peranti?

You might also like