
Jom Lihat Peranti Yang Memenangi Pertandingan Konsep ZTE Project CSX
Tidak lama dahulu ZTE ada melancarkan satu pertandingan konsep dan idea di mana ahli komuniti ZTE diajak menghantar konsep smartphone mereka, idea smartphone yang terpilih akan dibina ZTE dan diperkenalkan semasa acara CES 2017.
Tahniah kepada ahli komuniti bernama Arshad yang memenangi pertandingan berkenaan dengan idea smartphone yang mempunyai teknologi eye-tracking dan panel belakang boleh melekat. Dua unit kamera laser digunakan bagi mengintegrasikan teknologi eye-tracking yang membolehkan peranti ini mengesan pergerakan mata lantas membolehkan aplikasi di dalam berinteraksi dengan anda. Panel belakang pula dibina dengan bahan silikon istimewa yang berkebolehan melekat di banyak permukaan, satu ciri yang unik jika ia berjaya dihasilkan.
Kita tunggu dan lihat sama ada peranti ini berjaya dihasilkan pada tahun hadapan. Harap-harapnya berjaya 🙂