
Baru-baru ini, Huawei telah menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-61 besama lebih daripada 20,000 pengunjung yang menghadiri Festival Gegaria 2018 #KitaPunya yang berlangsung 31 Ogos hingga 1 September.
Festival yang dianjurkan oleh Media Prima dengan kerjasama HUAWEI yang julung kali diadakan itu telah berlangsung di kawasan parkir Istana Kehakiman, Putrajaya. Ia juga dimeriahkan dengan kehadiran ramai selebriti popular tanah air seperti Bunkface, Kugiran Masdo, Misha Omar, Wany Hasrita, Stacy dan Faizal Tahir.

Turut serta dalam keseronokan ini ialah trak jelajah HUAWEI Nova Superstar yang mana menawarkan pelbagi aktiviti menarik buat pengunjung antaranya cabaran karaoke HUAWEI, permainan Water Pong dan beberapa aktiviti lagi yang memberi peluang mereka memenangi barang-barang ekslusif daripada Huawei.

Selain itu pengunjung yang datang juga berpeluang beramah mesra dan mendekati selebriti dan tidak ketinggalan merakam gambar sebagai kenangan menggunakan HUAWEI nova 3i.

Roadshow trak jelajah HUAWEI Nova Superstar masih berterusan sehingga hari terakhir bulan September. Berikut adalah tarikh yang dijadualkan untuk seluruh negeri-negeri yang berlangsung pada 3 petang hingga 11 malam.
- Stadium Darul Aman, Kedah (7 – 8 Sept)
- AEON Kota Bahru, Kelantan (14-15 Sept)
- Dataran Shahbandar, Terengganu (21 – 22 Sept)
- Stadium Darul Makmur, Kuantan (29 – 30 Sept)

