BlackBerry Bakal Muncul Dengan Tiga Peranti Terbaru : Neon, Argon, dan Mercury

Peralihan BlackBerry dalam menggunakan sistem operasi Android sememangnya mendapat perhatian ramai dengan kemunculan model BlackBerry Priv. Walaupun tampil dengan rekaan yang unik dan premium, Priv tidak begitu mendapat sambutan di pasaran memandangkan harga jualannya yang sangat tinggi. Baru-baru ini nampaknya telah tersebar laporan yang mengatakan bahawa BlackBerry sedang dalam proses untuk menghasilkan tiga model terbaru yang dipercayai akan dibangunkan oleh TCL.

Lakaran model 'Neon' yang akan dilancarkan sebagai 'BlackBerry Hamburg'.
Lakaran model ‘Neon’ yang akan dilancarkan sebagai ‘BlackBerry Hamburg’.

Menurut maklumat yang diperolehi, ketiga-tiga peranti terbaru ini akan diperkenalkan secara berperingkat yang mana kini dikenali dengan kod nama Neon, Argon, dan juga Mercury. Ketiga-tiga model ini juga akan diperkenalkan mengikut sokongan spesifikasi yang lebih berkuasa dan mahal secara berperingkat berbanding generasi sebelumnya.

pic 2
Imej lakaran BlackBerry dengan menggunakan kod nama ‘Mercury’.

BlackBerry Neon (Julai/Ogos 2016)

  • 5.2 inci HD Penuh
  • Kerangka logam
  • Qualcomm Snapdragon 617
  • 16GB / RAM 3GB
  • Bateri 2,610 mAh (Quick Charge 2.0)
  • 13 Megapiksel / 8 Megapiksel

BlackBerry Argon (Oktober 2016)

  • 5.5 inci QHD
  • Pengimbas cap jari
  • USB Type-C
  • Qualcomm Snapdragon 820
  • 32GB / RAM 4GB
  • Bateri 3,000 mAh (Quick Charge 2.0)
  • 21 Megapiksel / 8 Megapiksel

BlackBerry Mercury (Januari – Mac 2017)

  • 4.5 inci HF Penuh (4:3)
  • Papan kekunci QWERTY fizikal
  • Qualcomm Snapdragon 625
  • 32GB / RAM 3GB
  • 3,400 mAh
  • 18 Megapiksel / 8 Megapiksel

 

You might also like