Bersiap Sedia Untuk Voice Over WiFi (VoWiFi)

U Mobile WiFi CallingHello orang Malaysia! Ni ada berita baik nak kongsi! Tak lama lagi kita boleh menggunakan servis panggilan menggunakan sambungan WiFi sebagai pengantara!

Sebenarnya servis ini telah lama digunakan di negara-negara luar, dan kita boleh lah dikatakan agak terlambat sebenarnya, namun lebih baik lambat daripada tiada langsung kan?!

Servis panggilan menggunakan WiFi atau lebih dikenali sebagai VoWiFi (Voice Over WiFi) adalah konsep yang cukup mudah dan cukup dekat dengan pengguna. Ia adalah servis panggilan yang menggunakan sambungan Internet sebagai medium sambungan di antara pemanggil dan penerima. Fungsi ini mirip dengan panggilan menggunakan aplikasi komunikasi seperti WhatsApp, Viber dan lain-lain. Apa yang berbeza adalah VoWiFi adalah servis yang dibekalkan terus dari pihak telco.

Di Malaysia, U Mobile mungkin sahaja tidak mempunyai infrastruktur dan liputan yang luas seperti Maxis, Celcom dan Digi, namun tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa mereka sebenarnya mempunyai servis yang amat baik, terutamanya dalam penawaran pakej langganan dan juga fungsi.

Tidak lama lagi mereka akan melancarkan servis VoWiFi, menjadikan mereka telco pertama yang menawarkan fungsi ini di Malaysia. Okay, sama-sama nantikan berita pelancaran daripada eRing pada 26 Mei ini.

You might also like