Vivo V11i Kini Boleh Didapati Secara Rasmi Di Tune Talk!

Berita baik! Berita Baik! Berita baik! Shout out kepada peminat tegar peranti pintar vivo di luar sana! Di sini kami ada berita baik buat anda semua!

Bermula hari ini, model terbaru keluaran vivo iaitu vivo V11i nampaknya sudah dijual secara rasmi di Tune Talk dengan pada harga RM1,299. Lebih menariknya lagi, mana-mana pelanggan yang membuat pembelian V11i di Tune Talk layak menerima DATA 240GB secara PERCUMA!

Vivo V11i hadir dengan paparan skrin bersaiz 6.3 inci dilengkapi dengan cipset MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM dan storan sebesar 128GB. Untuk bahagian bateri pula, ia dikuasakan dengan kapasiti 3,315mAh yang juga menyokong Dual-Engine Fast Charge. Kemampuan kamera utama pula ialah 16MP + 5MP manakala kamera swafotonya pula sebesar 25 Megapiksel.

Butiran lanjut sila layari laman web rasmi Tune Talk dan Facebook rasmi vivo Malaysia.

Baca juga : 

You might also like