Tawaran Istimewa Baucer Membeli Belah Bagi Pembelian Peranti Lenovo

Tahun Baru Cina semakin menghampiri, tiba masanya menukar peranti anda kepada yang lebih menakjubkan! Lenovo sedia menawarkan beberapa peranti yang hebat dengan tawaran baucer istimewa kepada anda.

Lenovo Miix 510

Lenovo Miix 510 direka untuk para profesional untuk digunakan dalam mana-mana keadaan. PC 2-dalam-1 ini memberikan anda fleksibiliti untuk menjadi produktif walau di mana sahaja dan bila-bila masa dengan papan kekunci boleh tanggal dan engsel yang unik yang membolehkan anda melaras komputer ini sehingga 170°. Ia juga tahan lasak dengan berat hanya 880g dan binaan aluminium.

1 2

Komputer riba 2-dalam-1 yang bergaya ini dikuasakan Windows 10 dan dilengkapi cip i7 Intel Core yang disokong 8GB RAM, 256GB SSD dan bertahan sehingga 7.5 jam masa operasi bagi satu kitar penuh bateri.

Paparan 12.2 inci pada Miix 510 mempunyai resolusi 1920 x 1080 piksel dan audionya berkelas Dolby yang akan memberikan anda kepuasan dari segi visual dan audio. Miix 510 juga dilengkapi dengan kamera belakang 5MP dan kamera webcam 2MP HD. Lenovo Miix 510 dijual pada harga bermula dari RM2,649 termasuk GST.

 

Lenovo Yoga Book

Yoga Book adalah sebuah peranti yang sempurna untuk anda sentiasa bawa ke mana-mana. Lenovo Yoga Book mempunyai dua fungsi utama di mana anda boleh membuka Yoga Book di dalam mod Type dan menaip dengan papan kekunci Halo yang amat mudah digunakan. Yoga Book dilengkapi perisian khas yang membolehkan ia ‘mempelajari’ dan ‘menyesuaikan diri’ dengan’ corak menaip penggunanya dengan ramalan perkataan dan penyesuaian kata.

1Satu lagi mod adalah di dalam Create Pad dengan meggunakan Real Pen untuk memberikan ketepatan dan kawalan jitu seperti anda sedang menggunakan pen di atas kertas. Dengan engsel yang boleh dibuka sehingga 360°, Yoga Book boleh digunakan dalam pelbagai posisi, sama ada untuk anda melakukan kerja atau pun berehat menikmati media hiburan anda.

Hanya 4.55mm tebal dan seberat 690g, sememangnya peranti ini sesuai bagi mereka yang mahukan sebuah komputer yang mudah dibawa ke mana-mana. Tambahan pula baterinya mampu bertahan sehingga 12 jam masa penggunaan. Yoga Book membolehkan anda untuk menggunakan sepenuhnya peluang dan ruang untuk melakukan kerja mahu pun berhibur. Harga bermula dari RM2,699 termasuk GST, dan hadir dalam pilihan sistem operasi Android (Carbon Black, Champagne Gold atau Gunmetal Grey) dan Windows (Carbon Black).

 

Lenovo Phab 2 Pro

Untuk pengguna telefon pintar pula, Lenovo menawarkan Phab 2 Pro, telefon pintar yang pertama di dunia dilengkapi teknologi Google Tango yang meningkatkan lagi fungsi dan kebolehan dunia AR. Peranti ini amat sesuai digunakan mereka yang banyak menggunakan perisian kreatif. Melalui Phab 2 Pro, anda boleh mengambil ukuran objek, meletakkan perabot virtual dan juga melihat dan berinteraksi dengan pelbagai objek yang terpancar di dalam dunia AR.

1Lenovo Phab 2 Pro boleh didapatkan dalam variasi Champagne Gold dan Gunmetal Grey pada harga bermula dari RM 1,999 termasuk GST. Phab 2 Pro adalah sebahagian daripada siri Phab 2, yang merangkumi Phab 2 Plus dan Phab 2.

 

Bagi setiap pembelian Miix 510, Yoga Book atau Phab 2 Pro dari Lenovo Exclusive Stores bermula 13 Januari sehingga 12 Februari, Lenovo akan menghadiahkan anda baucer membeli belah, bergantung kepada terma dan syarat.

You might also like