Kementerian Kewangan Merancang Mengutip Cukai Dari Perniagaan Atas Talian

 

large_taxes_twicePerniagaan atas talian kini semakin popular dan menjadi sumber pendapatan tambahan di dalam keadaan ekonomi yang kurang baik. Menyedari semakin ramai rakyat Malaysia mencari pendapatan secara atas talian, Kementerian Kewangan merancang untuk mengutip cukai dari perniagaan atas talian.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Serigar Abdullah mengesahkan pihak mereka sudah meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk melakukan kajian terperinci mengenai isu ini. Pihak kementerian juga akan mendapatkan bantuan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mendapatkan senarai peniaga atas talian di Malaysia.

Selain peniaga atas talian, pemandu perkhidmatan perkongsian pemanduan seperti Uber turut akan menjadi sasaran LHDN kerana dikatakan mengaut pendapatan bulanan mencecah RM 7,000 sebulan. Mengutip cukai dari peniaga atas talian ialah langkah yang sudah dijangkakan selepas kerajaan mengarahkan peniaga untuk berdaftar perniagaan pada tahun lepas.

 

You might also like