Tips “Stay Connected” Dengan Insan Tersayang Menggunakan iPhone!!! – Makin Sweet Laa!!

207

Kadang-kala kesibukan dan jarak membataskan perhubungan kita dengan teman dan keluarga yang secara langsung menganggu keakraban perhubungan tersebut. Tapi korang jangan risau, menggunakan iPhone, kang boleh ‘Stay Connect’ dengan insan tersayang dengan cara yang lebih fun!!

Pin Mesej Penting!!

Korang pasti akan berbalas-balas kiriman mesej dengan insan tersayang sama ada keluarga, kawan mahupun teman istimewa. Korang boleh pin perbualan korang tu tau!!! Korang hanya tekan dalam 2 saat dan pilih Pin. Jadi, perbualan tersebut akan sentiasa di atas dan korang tidak akan lupakan insan tersebut.. Gittew!!

FaceTime Dengan Geng Rapat Korang!!

Disebabkan semua busy dengan kehidupan masing-masing mesti korang susah nak cari masa untuk pergi lepak di mamak atau berjumpa. Korang jangan risau, sebab korang boleh FaceTime beramai-ramai. So meriah laa telefon korang nanti!!

Shared Memories

Korang mesti menyimpan gambar-gambar kenangan bersama insan tersayang kan. Ada sesuatu yang menarik! Korang boleh membuka kembali gambar-gamabar tersebut dalam cara yang lebih menyeronokkan. Seperti telah di edit dalam bentuk video.

Cara senang sahaja, Buka photo, klik For You, skrol Memories dan tekan play. Korang juga boleh share memories ini dengan teman dan insan tersayang anda!

Main Game

Nak mengeratkan lagi perhubungan korang, korang boleh bermain gmae yang membenarkan korang bermain dengan teman anda. Permain ini boleh anda muat turun di AppStore. Klik App Store, tap Arcade,pilih Categories dan tap Multiplayer Games.